Ni kali, sya mau share sedikit info tentang beza lelaki dan wanita. Ni info sya recycle dari orang lain. Hehe...

1.Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2.Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama.

3.Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

4.Kulit lelaki lebih kasar , kulit perempuan lebih halus.

5.Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

6.Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.

7.Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

8.Demikian juga pada segi psikologi , wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan.

9.Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar.

10.Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

11.Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ??? dan macam-macam lagi. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki,cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli.Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

12.Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja,mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi. Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi . Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, pabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

13.Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan dieselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

14.Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

15.Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang-menyayangi.

Caution: You may lose your appetite...hehe




Nah kannn...apa suda jadi. Bukan sia mau kasi ilang selera kamurang bai ni. Tapi, kadang2 kita pun mau tingu juga benda2 kita jarang2 nampak. Sia pun nda tau siapa punya tuan punya gambar, tuan punya kaki dan tuan punya tangan dalam gambar tu. Sama ada gambar ini fake atau real, kita sama2 ambil pengajaran darinya...hehehe.

Jadi, pesanan dari penaja bagaimana untuk menjaga kebersihan kaki:
1. Pakai alas kaki kalau keluar mansau-ansau.
2. Jangan pakai kasut yang sudah bertahun-tahun inda dicuci atau yang suda expired.
3. Jangan recycle stokin kamurang sampai berminggu-minggu.
4. Rajin-rajin la kasi bersih @ cuci itu kaki.
5. Mandi jangan sekadar mencuci yang penting saja. Itu celah2 jari kaki pun penting juga.
6. Pastikan kaki kamurang itu sentiasa kering. Kalau ada luka2, jangan biar itu langau @ lalat landing disana.

Bah...kotoluadan.

This picture may disturb you...so, please leave this page immediately if you're not ready for this...Amaran kerajaan Sabah..





Just to remind to all the 'logops':
1. Jungle is not the safest 'aramai ti' port
2. Don't fall asleep whenever you're in the jungle...especially for those suka 'melogop'.
3. Get ready with your 'dangol @ parang', sabit or 'bakakuk' whenever your enter the jungle. Don't forget to put on your "Gimat" ...if you have one laa...hehe...not recommended.
4. Don't try to 'mansau-ansau' in the jungle in 'lone ranger'. Your dog is obsolutely the best companion @ bodyguard.
5. Anyone??? Plz add...hehe

Who said only humans know what love is?


Yes, animals are more deluded because of their capacity of their physical body, but occasionally some of them might be able show us the love that we have forgotten on our 'busy road'. Just like this story. This is real touching…


Hey, wake up! wake up!

A dog was knocked down by a car and died on the middle of the road. Later, another dog is seen beside the corpse of the dog, he tried to wake his friend up using his leg.

Let's move to the safer side of the road...i will move you to the safer side! When his attempts to wake his friend failed, he tried to push his friend to the side of the road. But the weight of his friend was proven too heavy for him.

Anyone help, tell me what to do. Though the traffic is busy and dangerous, he just will not go away from his friend. Just stand beside his friend howling and crying.


A lot of people saw this incident and feel very touched. How even a dog can show his loyalty and love to his friend.

Moral: Lihatlah haiwan itu sama seperti kita, kerana mereka juga punya perasaan. Adakah mereka yang membuang bayi itu bersifat binatang? Mereka lebih teruk dari binatang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...